Pameran Seni

Pameran Seni dan Fotografi Diabetes

Sempena Hari Diabetes Sedunia, Unit Endokrinologi Hospital Putrajaya akan menganjurkan pameran seni dan fotografi diabetes buat kali yang pertama. Tema pameran ini ialah “Kehidupan Dengan Diabetes”.

Pameran ini akan berlangsung di lobi Hospital Putrajaya dari 14 hingga 16 November 2018 dan terbuka kepada orang ramai.  Pameran ini akan menampilkan :

  • Pertandingan Fotografi Diabetes – penyertaan yang terpilih / disenarai pendek
  • Pertandingan Melukis Diabetes (Kategori Sekolah Rendah dan Menengah) – penyertaan terpilih
  • Pameran Fotografi Diabetes oleh Encik Azmin Mohamad (Pretty Peektures)

Objektif pameran ini adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang diabetes. Pameran ini juga diharap dapat menggalakkan perbincangan mengenai kesan diabetes pada kehidupan kita dengan menggunakan seni sebagai media komunikasi.

Pameran ini telah dapat dianjurkan dengan sokongan dari pihak-pihak berikut :

 

Novo Nordisk (penaja utama)

 

    Pretty Peektures (kepakaran teknikal)

 

Malaysian Endocrine and Metabolic Society (promosi dan publisiti)

 

Jabatan Pentadbiran Hospital Putrajaya