Hari Diabetes Sedunia

Hari Diabetes Sedunia (WDD) ialah kempen kesedaran diabetes yang terbesar di dunia dan telah dilancarkan oleh Persekutuan Diabetes Antarabangsa (IDF) serta Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada tahun 1991.

WDD disambut setiap tahun pada 14hb November, iaitu tarikh lahir Sir Frederick Banting. Sir Frederick Banting serta Charles Best adalah dua orang saintis yang telah menemui insulin pada tahun 1922.

Kempen WDD menggunakan logo bulatan biru. Bulatan biru ini ialah simbol global bagi kesedaran diabetes. Ia melambangkan dalam menangani epidemik diabetes yang semakin meruncing.

Tema WDD bagi tahun 2018-2019 ialah “Keluarga dan Diabetes“. Kempen ini bertujuan untuk :

  • Meningkatkan kesedaran serta pengetahuan tentang kesan diabetes kepada keluarga pesakit
  • Menyerlahkan peranan keluarga dalam pengurusan, penjagaan, pencegahan serta pendidikan diabetes

 

Sempena sambutan WDD 2019, terdapat  pelbagai acara bagi warga hospital, pesakit diabetes serta orang awam yang telah dianjurkan oleh  hospital-hospital dan institusi di seluruh negara